Panduan games:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang murid.
2. Setiap pemain diminta untuk membaling dadu terlebih dahulu untuk menentukan giliran. Pemain yang mendapat angka yang paling tinggi akan memulakan permainan terlebih dahulu diikuti pemain seterusnya.
3. Setiap pemain meletakkan buah di tapak MULA.
4. Pemain akan bergerak mengikut tapak pada papan dam ular bergantung padaangka dadu yang diperolehi
5. Jika pemain mendapat nombor enam apabila membaling dadu, maka pemain diberikan peluang sekali lagi untuk membaling dadu.
6. Sekiranya pemain berhenti di tapak tangga pemain akan maju ke tapak seterusnya.
7. Jika pemain berhenti di tapak yang mempunyai 'lucky star' pemain akan didenda. Pemain perlu menjawab soalan dan jika pemain gagal menjawab dengan betul pemain perlu mundur ke tapak seterusnya. Jika pemain dapat menjawab dengan betul pemain boleh bergerak satu kotak ke hadapan.
No comments:
Post a Comment